Turk (mekanikal)
Turk (mekanikal)

Turk (mekanikal)

The Turk yang juga dikenali sebagai Turki Mekanikal atau Pemain Catur Otomatan (Jerman: Schachtürke, "catur Turki" 'Hungaria: A Torok), merupakan mesin bermain catur palsu yang di bina pada akhir abad ke-18. Dari tahun 1770 sehingga kemusnahannya dalam kebakaran pada tahun 1854, ia dipamerkan oleh ramai pemilik berbeza sebagai automaton, sungguhpun ia didedahkan pada awal 1820-an sebagai penipuan sulit.[1] Dibina dan didedahkan pada tahun 1770 oleh Wolfgang von Kempelen (1734–1804) bagi mengkagumkan Maharani Maria Theresa dari Austria, mekanisma itu kelihatan seolah-olah mampu bermain permainan mantap melawan lawan manusia, termasuk juga melakukan lawatan satria ("knight's tour"), teka-teki yang memerlukan pemain mengerakkan satria bagi menduduki setiap petak papan catur hanya sekali.The Turk sebenarnya ilusi mekanikal yang membenarkan pakar catur manusia bersembunyi di dalam bagi mengendalikan mesin. Dengan pengendali yang mahir, the Turk memenangi kebanyakan permainan yang dimainkan semasa pertunjukannya di seluruh Eropah dan Amerika untuk tempoh selama 84 tahun, bermain dan mengalahkan ramai pencabar termasuk negarawan seperti Napoleon Bonaparte dan Benjamin Franklin. Pengendali dalam mekanisma semasa lawatan asal Kempelen kekal tidak diketahui. Apabila peranti tersebut dibeli pada tahun 1804 dan dipamerkan oleh Johann Nepomuk Mälzel, pakar catur yang mengendalikannya secara rahsia termasuk Johann Baptist Allgaier, Boncourt, Aaron Alexandre, William Lewis, Jacques François Mouret, dan William Schlumberger.